Jumaat, 19 Oktober 2012
Kematian Ditentukan Pada Harinya
Semalam 19 hb Okt. 2012 kira-kira pukul 5.45 pm anak kepada Tok Empat Felda Jengka 8 telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di laluan Bukit Gajah Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Beliau yang menunggang motosikal berkonvoi dengan kawan-kawan dalam perjalanan pulang dari Bandar Tong Kiat (Sg. Jerik, Maran) bertembung dengan kereta proton perdana dari arah bertentangan. Takziah kepada Tok Empat Saharin Othman dan keluarga, moga roh arwah ditempatkan Allah bersama orang-orang soleh. Inalillah Wainalillah ir rojiun.
Isnin, 8 Oktober 2012
Suasana Politik Malaysia: Madeira International Airport
Suasana Politik Malaysia: Madeira International Airport: Madeira International Airport yang terletak di Funchal,Madeira di Portugal ini dibuka pada tahun 1964 dengan 2 landasan yang berukuran ...
Khamis, 4 Oktober 2012
kahwin wanita mengandung
Ini jawapan balas dari Ustaz Azhar Idrus
Sabtu, 29 September 2012
Isnin, 16 Julai 2012
Rabu, 25 April 2012
Durian
Orang kata dulu2 buah2an bermusim. Mustahil untuk mendapatkannya di luar musim. Kalau ibu2 mengandung mengidam .. aduh susahnya hati suami takut nanti liur anak meleleh tak henti2.
Kini tak lagi. Bumi makin mewah melimpahkan rezeki seolah tak wujud musim macam dulu. Di pasar,pekan sehari, tepi-tepi jalan melambak buah2an yang diingginkan. Maka kini , bapak2 tak risau lagi pasal anak meleleh air liur di pipi.
Tahun ini durian berbuah lebih awal dari biasa. Tak perlu nunggu lama. Beberapa hari lagi bukan sebiji dua yang bakal gugur , tapi akan runtuh berdahan-dahan. Kalau biasa , dimulakan dengan gugur sebiji - dua .. " buang buruk " kata orang tua2. Tapi kali ini runtuh berdahan-dahan sekali gus.
Apa pun syukur pada Illahi. Moga yang diucap, terkota janji. Yang menunggu tak jenuh menanti. Dan yang paling penting , rezeki hari ini tidak menutup rezeki di kemudian hari, kerana kalau pun hidup ini tak lama lagi tapi generasi pengganti biar kekal di dalam rahmat mu Illahi.
Selamat untuk" Durian Runtuh" kepada sekelian warga peneroka khusus didedikasikan untuk warga Felda Kesidang Jengka 8 tempat gugurnya bermula.......

Rabu, 28 Mac 2012
Salam Mula
Assalamualaikum pembuka kata, penambat sahabat,mohon bicara kata di alam maya.
Langgan:
Catatan (Atom)